Tuesday, August 23, 2011

.Abang Adek Tolong Ajar Aku Bawak Motor nii!!.

Salamm readers!

hari ni dah 23 Ramadhan. hee.. lagi 6 hari jee nak puasaa. tak sabar nak raya tapi sedih nak tingggalkan Ramadhan. tak sabar nak raya tapi tak nak ambik triall!! huhuhu. eh merepek pulak. lari tajuk pulak karang. lari kejar la sabill. =='

Korang semua ada cita - cita tak nak bawak motor besar ke? kereta sport ke? kapal terbang ke? hee.. aku ada cita - cita nak bawak motor besar! macam mana ntah aku boleh teringin nak bawak. mungkin sebab aku selalu tengok abang aku konvoi kot dengan kelab RMR dia. pastu aku rasa macam styloo gilerr kalau ladiess bawak motor besar - besar nii.. 


 see.. terliur aku tengok motor - motor nii.. grrrr.. bila lahh nak cukup duitt nii! gambar di cilok dari link rdjohor

ohh abang aku yang poyo.. tolong ajar adik kau ni bawak motor nii.. nanti nak ambik lesen senang. kan kau jugak yang suruh aku ambik lesen B full kan? ajar eh? kau kan baikk la sangatt kan? kan stylo kalau perempuan bawak motor ni.. nanti kalau aku dah ada lesen ni aku bolehlahh ikut kau konvoi reramaii. kan? kan? hee:D nanti aku boleh bawak macam kau nii. kan?kan? jar tau! ajar.. jangan lupaa..

  cuba bayangkan aku yang bawak motor nii. nanti aku rembat laa motor kau satu ke yayang ke.. abang ayen ke.. tau tau.. tapi aku nak motor RD250R jee. ke kau nak belikan untuk aku? eh. tak pe laa.. nanti aku kumpul duitt kau belikan tau? tau? hee



siapa - siapa pandai bawak motor besar ajar aku! nanti aku bagi komisen makan aiskrim potong. nak? ==" meroyann.






p/s: gambar di atas ialah gambar abang aku ketika menyertai perhimpunan motor - motor besar 2 tahun lalu kott.. hee :D

Sunday, August 21, 2011

.Shopping Raya Part 1.

Salam readers!

Pejam celik pejam celik dah tinggal lapan harikan kita nak sambut raya? tak puas rasanya sambut bulan ramadhan nih. tapi apa - apa hal pun, raya mestilahh kene buat macam - macamm. hee. hari jumaat semalam aku dengan kakak - kakak aku dah start shopping barang. ingat nak beli terus semua. jadi nanti tak payah la nak pergi banyak kali. jadi lepas asar pun siap - siap terus pergi bandar. tapi, sebelum tu dah siapkan dulu lauk buka kat rumah. kat rumah cuma masak sotong masak asam, ayam masak asam pedas dan sayur pak choy siram kuah sos tiram. harap maaf. gambar tak sempat ambik sebab rushingg sangatt. 

Kitaorang pun terus bergerak ke banndar dan menuju tak lain dan tak bukan BP Mall. tapi sampai depan panchor sesak gilaa la weihh. mungkin time orang balik kerja kott atau orang balik bazar.. kehkehkeh. sampai kat BP Mall teruss carik tempat buka dulu. kakak aku yang kurus nak makan kat Chicken Rice Shop. aku pun layann je laa. sebab mula - mula nak makan kat Domino's Pizza tapi takut tak sempat. pastu ingat tukar nak makan kat MK Restoraunt tapi dah biasa last - last kat CRS jee. kitaorang tempah pastu tinggal jee sebab nak terus cari baju raya kakak siti aku. mula - mula ingat nak beli baju semua sama tiga pasang sekali tinggal satu jee. saiz L pulakk tu. muat pulak kan? pastu kakak aku pilih lain. dah siap menuju ke Popular pulakk. borong buku laa. dapat semua apa yang aku list-kan. hee. best!

 seterusnya, pergi semula ke CRS. makanan sudah terhidangg!! weeee.. tengok ni muka orang terujaa tengok makanan. ish ish ish

  ish. mata aku mane? kakak aku perasan gemukk. weks! hahaha

 muka kental wehh! poyo letteww.. hahaha


 kau ingat kau dah gemukk la ? nak lawan aku ape? hahaha


okay ini makanan sebelum. hee

sila bandingkan sebelum dan selepas.


hee. ni bukan pinggan aku ea. ni pinggan kakak aku. haha. kesimpulannya kami kekenyangan yang amatt. pastu terus pecutt. sebab takut balik malam sangatt. tak baguss ye anak - anak anak dara balik malam.. hmmm. sempat beli seluar tracksuit, seluar pendek dengan barang nak buat kuih je. kasut , seluar jeans, dengan rantai second part. sebab tu lah aku buat part 1.

Gambar barang - barang tak ambik. banyak sangat. boleh teleng kepala aku nak upload satu  - satu. oh! yang second round shopping hari jumaat minggu depan. siapa nak ikut sila eja modal dulu. hahahaha

eh. dah la. ni je aku nak cerita. Shopping korang macam mana? ok?
dah. bye. assalammualaikumm:)

Thursday, August 18, 2011

.Geng Bercakaran.

Salam readers! 

fuh! otak aku baru saja menenangkan diri beliau. sebab apa? sebab tadi exam paper history lahh. OMG! gila kau. aku menghafal sampai denyut denyut otak nya. kawan aku lagi laa dia kata macam nak demam. hahaha. baru exam kecik. nanti SPM entah macam mana. bawak cool fever masuk dewan pereksa kott. eh merepek panjang sangat. hari ni nak cerita pasal kawan aku yang paling aku rapat kat sekolah. sila lihat muka mereka di bawah ini. amat meng-annoying-kan okeyy!


  ambik kau! kahkahkah. mari aku perkenalkan satu satu.

berdiri dari kiri : atin, kak ah (farizah), ayu yang tak berapa nak ayu (kuang ajaqq nampakk)



atin ni dia kalau kita cerita cerita agak blur sikit. pastu kalau kita tanya 'kan atin kan?' dia buat muka macam " eh ! aku tampar jugak kang budak ni. tetiba je tanya aku pehal?' hah ! kan? dia memang blur. pastu susah nak tengok dia marah. kadang kadang kita orang paksa dia marah. tapi tak jadik jugak. ishh pelik je.

kak ah nama glamour dia. macam mana dapat? sebab dengar adik dia panggil dia kak ah. terus panggil macam tu. mula mula dia marah. tapi lama lama tak kesah punn. hee.. nak cerita ape ek. kak ah okay dan dia best. tu je. hee

ayu. si emotional. tak nak baca pembentangan pon nak marah. patotnya kitaorang yang marah. hee. tapi dia ni selalu pending/blur. sama macam atin. boleh geng laa ni. bestnya sebab kalau agak agak tak dapat jawab BM tanya dia. sentiasa ada jawapan. kehkehkeh

duduk dari kiri : izzah, adah, aku

izzah. ni minah. ni kalau diaa mai haru biru woi! satu hari kalau dia tak cakap pelik la orang. tapi dia ni kalau marah orang susah sikit nak surut. tapi dengan aku dia berani! memang kena sekeh laa. kalau orang nasihat pun nanti dia cakap apa 'huh ! ada aku kesah?' ada ke patut? tak patut tak patut. macam mencurah air atas lantai mengalir gitu je laa. tapi dia jee satu satu nya kawan aku yang dari form 1 sampai laa ni satu kelas dengan aku. dia sentiasa follow aku. bagos! dia ni pun kuat melawan. kadang kadang aku yee kan je walaupun fakta dia salah. karang kalau tak dia merajukk. kahkahkah

adah. kuat baca buku sejarah. kalau dengar dia cerita. mukanya tak boleh blah. tak pasal pasal kalau dengar cerita dia gelak gelak walaupun cerita tu serius. sebab? ceritanya ye ye oo je.. sungguh sungguh. tapi pandai dalam kalangan kitaorang. hee.









tu je pon nak cerita. yang aku tu? oh. itu rahsia. kihkihkih. dia tu pemalu... la sangatt. oh. gambar tu ambik time hari jumaat dua hari sebelum puasa. diorang nak sangat buat aku layan kan jee. hee. tapi rasa bersalah sebab lupa nak bagitau abah. dah abah tunggu tapi tak lama. nasib baik. fuh!


dah tu je. bye. eh! dah nak raya. dah shopping? nanti aku update pasal persediaan nak raya. nanti laa bila aku senang senang. hee. assalammualaikumm :)






p/s: picture taken by abilsabil.






Wednesday, August 17, 2011

.Aku Pelik Sangat Ke?.

Salam readers! ade ke readers aku? lantak ah.

hari ni aku kat rumah sorang je. yang ade pun cuma mak dengan abah aku je. kakak kakak aku semua mana pun aku tak tau. lantak diorang laa. ni aku nak citer. aku pelik ar. kenapa dalam keluarga aku ni aku seorang je yang pakai celcom? kenapa? kenapaa? huhuhu.. pastu sekarang ni agaknya maxis tengah buat promosi ke apa la aku pun tak tau la. kakak, abang aku semua tengah tunggu orang maxis call. kakak aku yang atas atas aku dah dapat. dapat ape? skroll ke bawah.. heee





 nampak tak? jahat tau! macam nak gigit gigit je. tapi aku kebas je diorang punya. gedik kau line rumah ada guna la..

broadband ni dapat free. kata kakak aku yang dah lama pakai nanti dapat. ye ye je.. kau kan baru guna berapa tahun je. poyo le tuu.. ni kita boleh guna 10 hari free. pastu kalau kita pakai rasa macam okay boleh terus langgan. 5 bulan pertama cuma bayar RM58 kott. lupa la.. pastu habis lima bulan baru bayar RM68. benda ni best jugak. sebab dia unlimited. berapa lama pakai pun tak kesah. dia juga senang di bawa ke mana mana. macam sekarang aku tengah lepak atas tilam. hehehe. oh, gambar atas tu broadband nya je sama. bukan harga tu.


lagi satu yang aku tak puas hati. kenapa aku punya phone jee paling kecik! kenapa?kenapa? ohh.. 








ha! tu dia. tu dia. dia dah mai dahh. kecik tak? phone ni bukan aku yang beli punn. keh keh. abang aku yang bujang tu murah hati sangat dia bagi aku. dia pun dah ada dua phone. aku kebas la yang ni. eh eh bukann. kan aku dah cakap dia yang bagi. jangan jealous. hahaha. kakak aku tak pandai guna jadi agak selamat untuk buat apa apa. jangan nak fikir bukan bukan. means aku kalau pakat ramai ramai tak mai sekolah depa tak tau. kehkehkeh. pendapat aku pakai ni?

ermm.. best sebab dia kecik. jadi senang nak cilok bawak pergi sekolah. eh baru teringin nak bawak.. belum buat lagi ye. aplikasi okay ada gigi biru (bluetooth la), recording, mp3, gprs dan camera. tapi satu je aku geram. phone ni agak akan buat orang yang tahap kesabaran rendah mencarut dan sebagainya. sebab? gigi biru phone ini agak tidak berguna. aku dah try test cuba banyak kali nak buat gigi biru ni dengan kakak aku nak masukan lagu. tapi. sampai laa ni tak boleh bolehh.

lagi satu. kalau kita call atau jawab call akan menyebabkan yang tak tau tu gelak sakan tengok stail kita jawab. phone ni speaker dia kat belakang. jadi bila nak jawab call atau nak call kena jawab terbalik. aku mula mula buat pun gelak sakan! kuang ajaqq aku nih. hahaha. yang lain okay. phone ni fully touch screen. kalau kakak aku gelak phone kecik aku akan balas.. kau hado touch touch macam ni? hado? tapi jari aku agak gebu (jangan jealous!) so, skrin nya tidak akan lebih dan tidak akan kurang.. eh.. banyak lebih la. dia punya besar pon cuma tiga jari aku je. kecik kan? made in malaysia pulak tu. proud to be malaysia. eh lupa. dia ada internet sekali. best kan? yang lobang lobang dan butang tengah tu takde function sebenarnya. apa daa.


dah tu je nak taip. nak tidurr. bye! eh lupa. SELAMAT HARI NUZUL AL-QURAN :). Salam:)








Sunday, August 14, 2011

.Rahsia Tanda Tangan.

Salam..

sebenarnya tadi aku baca rahsia tanda tangan saja nak kongsi sikit. baca tau. biar sedar sikit perangai didri sendiri tu macam mana.. sebenarnya nak sedarkan diri sendiri i.. hahah XD

1. SATU GARISAN DI BAWAH  
     Seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri 
     sendiri

2. SATU TITIK DI BAWAH
    Seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati.

3. DUA TITIK DI BAWAH
    Seorang yang romantik bueekkk! hak tuih.. tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih 
    kecantikan menyampah jeek! dan mudah menarik perhatian orang lain. 

4. TANPA GARISAN DAN TITIK DI BAWAH
    Seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tetapi kurang memberikan 
    perhatian pada pandangan orang lain. kira dia je la yang betul.

5. TIADA KAITAN DENGAN NAMA
    Seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri 
    tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain.

6. BERKAITAN EJAAN NAMA TAPI SUKAR DIBACA
    Seorang yang kreatif dan cerdik tapi malas berfikir panjang serta mudah menukar 
    pandangan atau idea.

7. HURUF TIDAK BERSAMBUNG
   Seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri sendiri, 
   sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, tetapi cepat mengalah dan mudah serik.

8. MENGIKUT EJAAN NAMA DENGAN HURUF YANG JELAS
    Seorang yang baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa jua keadaan 
    atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.

hmm.. dah habis? kau orang yang mana? aku.. hmm.. adelah... kahkahkah.. tak boleh bagitau.. rahsia dalam henset.. apa kene mengena? ghasak lah.. okeh. selamat membaca tu je.. hee:)

p/s: sumber artikel dari Mingguan Malaysia 'Keunikan Tanda Tangan'. Ahad,14/8/2011.
       aku copy bulat bulat cuma ada laa yang aku toko tambah. korang pon boleh cam.. kahkahkah..

dah. k. bye bye.. Salam..   
 

Saturday, August 6, 2011

Easy Come Easy Go

Salam readers!

you all! macam mane puasa? okeh ke tak? jangan bocor weh.. rugi! kau tau tak rugi nyah?! haha. mereng - -"        . harap semua dapat selesai cepatcepat. hmm.. penat la. penat otak. penat hati. penat perasaan. huhuhu.. cepat je budak tu baca post aku kan. hhehe. kate advanced.. haha. tu je aku nak post. kihkih


dah babai. salam ramadhan :)