Wednesday, December 7, 2011

.APA YANG DIBUAT LEPAS MEMERAH OTAK??. JENG..JENG..JENGG..

Salam semua.. Dah beberapa hari aku tak update blog sebab aku malas.. bhahhaha..(bajet ramai je yang bace).. Okay. Ni nak habaq kat hangpa semuaa, cheq dah habis examm.. Hari isnin hari tu aku dah habis nak tau tak ape yang aku buat bila balik? tak nak tau dah laa.. tapi aku nak kau bace jugak.. kahkahkah..

1. Makan cikedis laa..

kau tau tak ape tu cikedis? alaa, jajan. tak paham lagi? makanan ringan yang ditambah perisa blablabla.. malas aku nak taip... carik sendri laa.. bhahahha.. balik sekolah tu aku ajak kakak aku pergi kedai apek jual barang borong kat parit raja.. cari jajan yang best sikit.. sekali terjumpa jajan nihh.. aku borong satu plastik.. masa nak bayar ada kakak jaga kaunter..

kakak kedai: ni je?
aku: a'ahh...

kakak kedai tengok aku senyum lebarr..

kakak kedai: baru habis exam ke dik?
aku: a'ah kak.. hehehe
kakak kedai: wahh! best la ye.. spm?
aku: a'ah kak.a'ah je la kau sabill..
kakak kedai: wah! tahniah sebab dah habis spm..(tetap senyum)
aku:hehehe.. terima kasih kak..


kakak aku bayar duit jajan tu..
tiba-tiba tauke kedai menyampuk


tauke kedai: wahh! itu pasat manyak beli ini jajann.. kenapa tak beli time peliksaa..
kakak kedai: mana boleh makan jajan bos time pekse.. nanti susah nak paham bila baca..
tauke kedai: ohh.. itu macam ka? okey.. selamat beljayaa.. waa.. tahniah.. tahniahh..
aku and kakak aku: hahahha.. okey uncle thank you..
taukekedai: okey.. okey..


bhahahha.. bangga ada malu pon ade mak noks! kahkahkah..







pernah makan kan jajan nih? nipu beno ler kalo kome tak penah makan time kecik-kecik duluu.. huhuhu yang paling best kalau dapat yang biskut jagung ni disalut tebal dengan dia punya gula.. pehh.. lemak-lemak maniss rasanya.. lagi sedap kalu di hancur macam nihh.. peh..peh..peh.. menanges mak,noks!

ohh.. abaikan tangan gemukss tu.. haih - -"

okay..okay.. mari kita ke aktiviti yang kedua pulakss.. yeehaaaa

2. Bergumbira bersama Majalah Ujang Bumper Lawak Maharaja

yee.. aku bace ujangg.. best ape. yang nih lagi la.. diorang setiap kartunis kena buat setiap seorang 16 pages.. wahh.. aku yang bace pening tebal sangat.. apa-apa hal pons.. saya sudah khatamkan buku nih.. bhahahha.. agak berpinar jugak la nak bace semua.. tu pons aku ade yang langkah-langkah.. ala baca lobang-lobangg.. huhuhu.. nanti bila bosan datang lagi baca lagii.. lagipun aku nak beli APO pulak.. kehkehkeh.. pastu nak beli novel baru.. pastu bla bla bla.... hahaha... siapa yang belom beli sila pergi ke kedai yang berdekatan sebelum 15 disember 2011 sebab nanti ade isu baru pulakss.. hahahaha..

 serious.. sebenarnya aku menyampah dengan PCD.. hahahaha.. tapi aku suka Jakall.. kahkahakha.. behngong! okay perkara yang paling aku seronok buat sekarang ialah baca dan makan sambil baringg.. anak teruna dara apa kau makan sambil baringg-baringg nih.. entah la.. hahahaha.. anak dara pungutan pingitan laa.. hahaha.. yee.. cuti ini saya berhasrat mahu mencomelkan lagi badan saya! (engkau mereng ape minah?!) tak salah.. saya berhasrat mahu mengecilkan sedikit badan saya yang comel inih! (baru betul minah!) sape tu? hantu ea?

3. Kemas Buku-buku Teks Sekolah

maafkan saya! gambar takde. malas aku nak ambik gambar..kahkah.. semua buku teks pinjaman tu (SPBT) ada laa dalam 20 biji sebab aku ada pinjam buku form 4 biology,chemist dengan physic.. huahuahua.. aku pecahkan dua.. jadik tak lah banyak sangatt.. hehehe. aku pulang buku 15 disember nanti.. kalau takda apa-apa aral aku dengan kawan aku nak meronggengg.. tapi tak tau la nak buat ape..(pulaksss?).. last sekali..


Konklusinyaa..


makan la cikedis lepas exam.. baru lah nafsu makan tu membuak-buak macam kene sawan tikus.. hahaha... maggi mi cintan goreng pedas pon aku dah makan... nanti nak beli lagi laa..

ohh! lagi maklumat tambahan.. aku sedang sibuk memikirkan kenduri walimatul urus aku abang aku yang bawak motor besar tu.. ha.. dia dah nak nikah.. bulan depan raya cina.. siapa tau rumah aku datang lah jangan segan-segann.. hehehe


p/s: minggu depan hari isnin aku keluar dengan kakak aku.. nampak tegur la ea?hehehe..

okey ni aje aku nak cerita..


Bye:)

Monday, December 5, 2011

.SOMEONE LIKE YOU.


                                     gambar diambil dari sini


I heard that you’re settled down.
That you found a girl and you’re married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn’t give to you.

Old friend, why are you so shy?

It ain’t like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited,

But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it.
I hoped you’d see my face & that you’d be reminded,
That for me, it isn’t over.

Nevermind, I’ll find someone like you.

I wish nothing but the best for you too.
Don’t forget me, I beg, I remember you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah.

You’d know how the time flies.

Only yesterday was the time of our lives.
We were born and raised in a summery haze.
Bound by the surprise of our glory days.

I hate to turn up out of the blue uninvited,

But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it.
I hoped you’d see my face & that you’d be reminded,
That for me, it isn’t over yet.

Nevermind, I’ll find someone like you.

I wish nothing but the best for you too.
Don’t forget me, I beg, I remember you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”, yay.

Nothing compares, no worries or cares.

Regret’s and mistakes they’re memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Nevermind, I’ll find someone like you.

I wish nothing but the best for you too.
Don’t forget me, I beg, I remembered you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”

Nevermind, I’ll find someone like you.

I wish nothing but the best for you too.
Don’t forget me, I beg, I remembered you said:
“Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead”
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah.


p/s: aku dah habis paper! sila panggil saya sekarang budak lepasan SPM yee! hehhe

Friday, December 2, 2011

.OHH! CEPATLAH LIMADISEMBERDUARIBUSEBELAS!!

Salam semua.. hari ni jumaatkan? pehh tanya macam orang tak reti-reti tengok kelander. bhahaha.. kuang ajooo.. tahukan sekarang nie tengah musim budak yang dah cukup umurr 17 tahun pekse? SPM la derr.. bhahaha.. aku tahun nie terlibat/terbabit/pakserelawan/terdaftar secara langsung atau pun tidak (jadahh kau merepekk sengall!) start pekse dari bulan lepas.. 14 november 2011. minggu tu straight 4 hari. sekarang aku tengah tunggu nak jawab paper last. ACCOUNT! sebenarnya aku dah nak drop/gugurkan/buang/tinggalkan subjek nie.. tapi kawan aku kata takpayah sebab sepatutnya kalau aku nak drop dari tahun lepas. tapiii... tau tak?? aku menyesal gilee laa tak dropppp!! huhuhu.. kenape?why?mengapa?

nak cakap ape ponn dah tak gunee.. satt lagi chekk dah nak pii jawab dah paper tuu.. tapi takpe la.. redha jee.. sape amek paper akaun time SPM? senang tak? macam mane nak jawab? bleh bawak buku formula masok tak? aduhhh.. dah la hari isnin.. pastu paper 1 account start pukul 11.15 pagi? lambat la woihh! tau tak lambat?! damn!--"

ohh! last but not least. for sure theres no one will be happy if they far away from friends and teachers after being at that scholl for 5 years! we're had been together almost everyday babe! while I checked my fb a lots or almost all my friends kept cryingg.. ohh! babe, we still can hang out together right?

hoi! kau sape? tiba-tiba jee? gasakk.. okay, hari peperiksaan yang hampir dah nak tamat ni aku/saya/chek/miss abilsabil nak mintak tolong doakan sayaa agar dapat result yang baik dan mengggembirakan hati saya/family/parents dan kucingkucing saya.. sekian terima kasih. pesanan ikhlas dari penaja pencabut kuku kaki caguu.. bahhaha

ini hadiah yang nak bagi setelah sekian lama tak meng-update blog cabuk saya!

yee! ini gambar aku 2 tahun lepas.. 2 tahun lepas okey! kalau pernah nampak gambar ni, bermakna kau pernah baca blog lama aku..

okay nak blah dulu.

bye:D


Tuesday, August 23, 2011

.Abang Adek Tolong Ajar Aku Bawak Motor nii!!.

Salamm readers!

hari ni dah 23 Ramadhan. hee.. lagi 6 hari jee nak puasaa. tak sabar nak raya tapi sedih nak tingggalkan Ramadhan. tak sabar nak raya tapi tak nak ambik triall!! huhuhu. eh merepek pulak. lari tajuk pulak karang. lari kejar la sabill. =='

Korang semua ada cita - cita tak nak bawak motor besar ke? kereta sport ke? kapal terbang ke? hee.. aku ada cita - cita nak bawak motor besar! macam mana ntah aku boleh teringin nak bawak. mungkin sebab aku selalu tengok abang aku konvoi kot dengan kelab RMR dia. pastu aku rasa macam styloo gilerr kalau ladiess bawak motor besar - besar nii.. 


 see.. terliur aku tengok motor - motor nii.. grrrr.. bila lahh nak cukup duitt nii! gambar di cilok dari link rdjohor

ohh abang aku yang poyo.. tolong ajar adik kau ni bawak motor nii.. nanti nak ambik lesen senang. kan kau jugak yang suruh aku ambik lesen B full kan? ajar eh? kau kan baikk la sangatt kan? kan stylo kalau perempuan bawak motor ni.. nanti kalau aku dah ada lesen ni aku bolehlahh ikut kau konvoi reramaii. kan? kan? hee:D nanti aku boleh bawak macam kau nii. kan?kan? jar tau! ajar.. jangan lupaa..

  cuba bayangkan aku yang bawak motor nii. nanti aku rembat laa motor kau satu ke yayang ke.. abang ayen ke.. tau tau.. tapi aku nak motor RD250R jee. ke kau nak belikan untuk aku? eh. tak pe laa.. nanti aku kumpul duitt kau belikan tau? tau? hee



siapa - siapa pandai bawak motor besar ajar aku! nanti aku bagi komisen makan aiskrim potong. nak? ==" meroyann.






p/s: gambar di atas ialah gambar abang aku ketika menyertai perhimpunan motor - motor besar 2 tahun lalu kott.. hee :D

Sunday, August 21, 2011

.Shopping Raya Part 1.

Salam readers!

Pejam celik pejam celik dah tinggal lapan harikan kita nak sambut raya? tak puas rasanya sambut bulan ramadhan nih. tapi apa - apa hal pun, raya mestilahh kene buat macam - macamm. hee. hari jumaat semalam aku dengan kakak - kakak aku dah start shopping barang. ingat nak beli terus semua. jadi nanti tak payah la nak pergi banyak kali. jadi lepas asar pun siap - siap terus pergi bandar. tapi, sebelum tu dah siapkan dulu lauk buka kat rumah. kat rumah cuma masak sotong masak asam, ayam masak asam pedas dan sayur pak choy siram kuah sos tiram. harap maaf. gambar tak sempat ambik sebab rushingg sangatt. 

Kitaorang pun terus bergerak ke banndar dan menuju tak lain dan tak bukan BP Mall. tapi sampai depan panchor sesak gilaa la weihh. mungkin time orang balik kerja kott atau orang balik bazar.. kehkehkeh. sampai kat BP Mall teruss carik tempat buka dulu. kakak aku yang kurus nak makan kat Chicken Rice Shop. aku pun layann je laa. sebab mula - mula nak makan kat Domino's Pizza tapi takut tak sempat. pastu ingat tukar nak makan kat MK Restoraunt tapi dah biasa last - last kat CRS jee. kitaorang tempah pastu tinggal jee sebab nak terus cari baju raya kakak siti aku. mula - mula ingat nak beli baju semua sama tiga pasang sekali tinggal satu jee. saiz L pulakk tu. muat pulak kan? pastu kakak aku pilih lain. dah siap menuju ke Popular pulakk. borong buku laa. dapat semua apa yang aku list-kan. hee. best!

 seterusnya, pergi semula ke CRS. makanan sudah terhidangg!! weeee.. tengok ni muka orang terujaa tengok makanan. ish ish ish

  ish. mata aku mane? kakak aku perasan gemukk. weks! hahaha

 muka kental wehh! poyo letteww.. hahaha


 kau ingat kau dah gemukk la ? nak lawan aku ape? hahaha


okay ini makanan sebelum. hee

sila bandingkan sebelum dan selepas.


hee. ni bukan pinggan aku ea. ni pinggan kakak aku. haha. kesimpulannya kami kekenyangan yang amatt. pastu terus pecutt. sebab takut balik malam sangatt. tak baguss ye anak - anak anak dara balik malam.. hmmm. sempat beli seluar tracksuit, seluar pendek dengan barang nak buat kuih je. kasut , seluar jeans, dengan rantai second part. sebab tu lah aku buat part 1.

Gambar barang - barang tak ambik. banyak sangat. boleh teleng kepala aku nak upload satu  - satu. oh! yang second round shopping hari jumaat minggu depan. siapa nak ikut sila eja modal dulu. hahahaha

eh. dah la. ni je aku nak cerita. Shopping korang macam mana? ok?
dah. bye. assalammualaikumm:)

Thursday, August 18, 2011

.Geng Bercakaran.

Salam readers! 

fuh! otak aku baru saja menenangkan diri beliau. sebab apa? sebab tadi exam paper history lahh. OMG! gila kau. aku menghafal sampai denyut denyut otak nya. kawan aku lagi laa dia kata macam nak demam. hahaha. baru exam kecik. nanti SPM entah macam mana. bawak cool fever masuk dewan pereksa kott. eh merepek panjang sangat. hari ni nak cerita pasal kawan aku yang paling aku rapat kat sekolah. sila lihat muka mereka di bawah ini. amat meng-annoying-kan okeyy!


  ambik kau! kahkahkah. mari aku perkenalkan satu satu.

berdiri dari kiri : atin, kak ah (farizah), ayu yang tak berapa nak ayu (kuang ajaqq nampakk)



atin ni dia kalau kita cerita cerita agak blur sikit. pastu kalau kita tanya 'kan atin kan?' dia buat muka macam " eh ! aku tampar jugak kang budak ni. tetiba je tanya aku pehal?' hah ! kan? dia memang blur. pastu susah nak tengok dia marah. kadang kadang kita orang paksa dia marah. tapi tak jadik jugak. ishh pelik je.

kak ah nama glamour dia. macam mana dapat? sebab dengar adik dia panggil dia kak ah. terus panggil macam tu. mula mula dia marah. tapi lama lama tak kesah punn. hee.. nak cerita ape ek. kak ah okay dan dia best. tu je. hee

ayu. si emotional. tak nak baca pembentangan pon nak marah. patotnya kitaorang yang marah. hee. tapi dia ni selalu pending/blur. sama macam atin. boleh geng laa ni. bestnya sebab kalau agak agak tak dapat jawab BM tanya dia. sentiasa ada jawapan. kehkehkeh

duduk dari kiri : izzah, adah, aku

izzah. ni minah. ni kalau diaa mai haru biru woi! satu hari kalau dia tak cakap pelik la orang. tapi dia ni kalau marah orang susah sikit nak surut. tapi dengan aku dia berani! memang kena sekeh laa. kalau orang nasihat pun nanti dia cakap apa 'huh ! ada aku kesah?' ada ke patut? tak patut tak patut. macam mencurah air atas lantai mengalir gitu je laa. tapi dia jee satu satu nya kawan aku yang dari form 1 sampai laa ni satu kelas dengan aku. dia sentiasa follow aku. bagos! dia ni pun kuat melawan. kadang kadang aku yee kan je walaupun fakta dia salah. karang kalau tak dia merajukk. kahkahkah

adah. kuat baca buku sejarah. kalau dengar dia cerita. mukanya tak boleh blah. tak pasal pasal kalau dengar cerita dia gelak gelak walaupun cerita tu serius. sebab? ceritanya ye ye oo je.. sungguh sungguh. tapi pandai dalam kalangan kitaorang. hee.









tu je pon nak cerita. yang aku tu? oh. itu rahsia. kihkihkih. dia tu pemalu... la sangatt. oh. gambar tu ambik time hari jumaat dua hari sebelum puasa. diorang nak sangat buat aku layan kan jee. hee. tapi rasa bersalah sebab lupa nak bagitau abah. dah abah tunggu tapi tak lama. nasib baik. fuh!


dah tu je. bye. eh! dah nak raya. dah shopping? nanti aku update pasal persediaan nak raya. nanti laa bila aku senang senang. hee. assalammualaikumm :)






p/s: picture taken by abilsabil.






Wednesday, August 17, 2011

.Aku Pelik Sangat Ke?.

Salam readers! ade ke readers aku? lantak ah.

hari ni aku kat rumah sorang je. yang ade pun cuma mak dengan abah aku je. kakak kakak aku semua mana pun aku tak tau. lantak diorang laa. ni aku nak citer. aku pelik ar. kenapa dalam keluarga aku ni aku seorang je yang pakai celcom? kenapa? kenapaa? huhuhu.. pastu sekarang ni agaknya maxis tengah buat promosi ke apa la aku pun tak tau la. kakak, abang aku semua tengah tunggu orang maxis call. kakak aku yang atas atas aku dah dapat. dapat ape? skroll ke bawah.. heee





 nampak tak? jahat tau! macam nak gigit gigit je. tapi aku kebas je diorang punya. gedik kau line rumah ada guna la..

broadband ni dapat free. kata kakak aku yang dah lama pakai nanti dapat. ye ye je.. kau kan baru guna berapa tahun je. poyo le tuu.. ni kita boleh guna 10 hari free. pastu kalau kita pakai rasa macam okay boleh terus langgan. 5 bulan pertama cuma bayar RM58 kott. lupa la.. pastu habis lima bulan baru bayar RM68. benda ni best jugak. sebab dia unlimited. berapa lama pakai pun tak kesah. dia juga senang di bawa ke mana mana. macam sekarang aku tengah lepak atas tilam. hehehe. oh, gambar atas tu broadband nya je sama. bukan harga tu.


lagi satu yang aku tak puas hati. kenapa aku punya phone jee paling kecik! kenapa?kenapa? ohh.. 








ha! tu dia. tu dia. dia dah mai dahh. kecik tak? phone ni bukan aku yang beli punn. keh keh. abang aku yang bujang tu murah hati sangat dia bagi aku. dia pun dah ada dua phone. aku kebas la yang ni. eh eh bukann. kan aku dah cakap dia yang bagi. jangan jealous. hahaha. kakak aku tak pandai guna jadi agak selamat untuk buat apa apa. jangan nak fikir bukan bukan. means aku kalau pakat ramai ramai tak mai sekolah depa tak tau. kehkehkeh. pendapat aku pakai ni?

ermm.. best sebab dia kecik. jadi senang nak cilok bawak pergi sekolah. eh baru teringin nak bawak.. belum buat lagi ye. aplikasi okay ada gigi biru (bluetooth la), recording, mp3, gprs dan camera. tapi satu je aku geram. phone ni agak akan buat orang yang tahap kesabaran rendah mencarut dan sebagainya. sebab? gigi biru phone ini agak tidak berguna. aku dah try test cuba banyak kali nak buat gigi biru ni dengan kakak aku nak masukan lagu. tapi. sampai laa ni tak boleh bolehh.

lagi satu. kalau kita call atau jawab call akan menyebabkan yang tak tau tu gelak sakan tengok stail kita jawab. phone ni speaker dia kat belakang. jadi bila nak jawab call atau nak call kena jawab terbalik. aku mula mula buat pun gelak sakan! kuang ajaqq aku nih. hahaha. yang lain okay. phone ni fully touch screen. kalau kakak aku gelak phone kecik aku akan balas.. kau hado touch touch macam ni? hado? tapi jari aku agak gebu (jangan jealous!) so, skrin nya tidak akan lebih dan tidak akan kurang.. eh.. banyak lebih la. dia punya besar pon cuma tiga jari aku je. kecik kan? made in malaysia pulak tu. proud to be malaysia. eh lupa. dia ada internet sekali. best kan? yang lobang lobang dan butang tengah tu takde function sebenarnya. apa daa.


dah tu je nak taip. nak tidurr. bye! eh lupa. SELAMAT HARI NUZUL AL-QURAN :). Salam:)








Sunday, August 14, 2011

.Rahsia Tanda Tangan.

Salam..

sebenarnya tadi aku baca rahsia tanda tangan saja nak kongsi sikit. baca tau. biar sedar sikit perangai didri sendiri tu macam mana.. sebenarnya nak sedarkan diri sendiri i.. hahah XD

1. SATU GARISAN DI BAWAH  
     Seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri 
     sendiri

2. SATU TITIK DI BAWAH
    Seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati.

3. DUA TITIK DI BAWAH
    Seorang yang romantik bueekkk! hak tuih.. tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih 
    kecantikan menyampah jeek! dan mudah menarik perhatian orang lain. 

4. TANPA GARISAN DAN TITIK DI BAWAH
    Seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tetapi kurang memberikan 
    perhatian pada pandangan orang lain. kira dia je la yang betul.

5. TIADA KAITAN DENGAN NAMA
    Seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri 
    tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain.

6. BERKAITAN EJAAN NAMA TAPI SUKAR DIBACA
    Seorang yang kreatif dan cerdik tapi malas berfikir panjang serta mudah menukar 
    pandangan atau idea.

7. HURUF TIDAK BERSAMBUNG
   Seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri sendiri, 
   sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, tetapi cepat mengalah dan mudah serik.

8. MENGIKUT EJAAN NAMA DENGAN HURUF YANG JELAS
    Seorang yang baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa jua keadaan 
    atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.

hmm.. dah habis? kau orang yang mana? aku.. hmm.. adelah... kahkahkah.. tak boleh bagitau.. rahsia dalam henset.. apa kene mengena? ghasak lah.. okeh. selamat membaca tu je.. hee:)

p/s: sumber artikel dari Mingguan Malaysia 'Keunikan Tanda Tangan'. Ahad,14/8/2011.
       aku copy bulat bulat cuma ada laa yang aku toko tambah. korang pon boleh cam.. kahkahkah..

dah. k. bye bye.. Salam..   
 

Saturday, August 6, 2011

Easy Come Easy Go

Salam readers!

you all! macam mane puasa? okeh ke tak? jangan bocor weh.. rugi! kau tau tak rugi nyah?! haha. mereng - -"        . harap semua dapat selesai cepatcepat. hmm.. penat la. penat otak. penat hati. penat perasaan. huhuhu.. cepat je budak tu baca post aku kan. hhehe. kate advanced.. haha. tu je aku nak post. kihkih


dah babai. salam ramadhan :) 

Sunday, July 31, 2011

terima kasih :)

salam sayangs. akhirnya semua tamat. sebenarnya semua macam ape ek? ntah la.. huhu.. tapi aku masih ade terasa hati lagi la. tapi apa apa hal semua harap okey jee la eh! dah tu je aku nak cakap taip.







okey.babai;)

Bila Semua Nak Tamat?

Salam semua! ceh. bajet macam ramai jee readers kau kan. ala tak apa la.. huhu.. okay. dah lama tak update blog ni. bila tadi kat fb ramai pulak kawan aku yang buat blogs. aku tibatiba jadi macam teruja la pulak. eventhough aku sekarang aku macam tak berapa nak ngam lagi dengan diorang/merekamereka, tapi aku dah tak fikirkan punn. lagi pun kalau aku terus nak gaduh jee pun benda dah jadi. tapi pelik la. bila benda dah reda adee jee yang nak ungkitungkit lagii. sangat tak best tau tak? hmmm... macam mana nak setelkan.. kita tengok la keadaan. aku dah tak marah. cuma bila sebahagian daripada mereka macam nak ungkit balik aku agak angin sikit laa. aku nak tegur karang macam mane ek? aku pun pening. lagi satu yang aku tak boleh blah ni siap kepoh satu kelas nasib baik laa kelas aku ni cuma 40 orang.. kalau kot ye laa kann kelas aku sampai 80 90 orang tak ke haru. tapi ni pun dah haru. sampai aku rasa macam aku pulak yang cube hasut diorang benci kat mereka. tapi lamalama aku pun macam dah tak ambik kesah.. sebab nya? aku dah tak marah kat diorang. aku cuma malas nak tegur jee. aku biasa la kan.. bila macam tu memang ambik masa yang agak lama laa jugak kan. tapi.. hmmm entah laa.. tengok la macam mane hee.. ok.




dah.babai

Saturday, February 26, 2011

.Mix And Blend.

Salam... tajuk.. apakah? tak boleh blah.. gasak ar.. aku tak tau nak letak tajok ape... huhuhu.. Banyak ni aku nak tulis taip... satu-satu ea..

Tajuk 1....
Jengjengjeng.... Result ujian bulan lepas dah keluar.. die munculkan diri dengan keadaan yang sederhana dan amat kurang memuaskan... huhu.. Agak melebamkan mate dan hati, limpa, jantung, paru-paru serta semua organ dalam badan aku ni... waaaa.. nak nanges siot.. mau nyer!Tak gugur pulak bulu-bulu mate aku ni.. huh.. benci kau result! aku canang-canang, bunuh-bunuh, tikam-tikam kau nanti! Tunggu balasan dari aku tahuk!! (sudah sabil...) BAIK!--"

Tajuk 2....
Hari sabtu lepas sekolah ada buat Larian Perdana Mahkota.. Satu Johor kena buat.. TAPI! Kenapa la cekgu aku tihpu? Tipu aku.. Nak nanges tau aku jalan kaki kat dalam kebun sawit tu.. Dah la baru lepas banjir. Seram o0o0o0.. Besar-besar aku pon tetap cuak beb! Cikgu lari 3km jek.. Tapi kami-kami lari dekat 10KM bhai! mau nyer tak didih darah aku.. huh.. Tak nak kawan cekgu! (Ade die kesah?) huh.(O.O)

Tajuk 3...
Ape kau rase bile cekgu paling garang paggil name kau? Nak terkencing? Ter 'yek-yek? Terkentut? Apakah?
Tapi.. Naseb baik die paggil untuk memuji! hahaha.. ( Dah-dah sabil.. Jangan bongkak.. Riak tak pe!) hek?

Tajuk 4..
Tadi kat sekolah ada maulud. Tapi.. Aku tak pergi.. Mau nyer! Ingat nak tido sekejap lagi.. Sekali terlajak sampai pukul 9! huhuhu.. Rasa menyesal la pulak! Padan muke! Sape suruh kau tidurrr? (takde sape..) Macam best jek.. Dah la tahun ni tahun akhiir.. huhuhu.. Maap ye geng! huh.

Tajuk 5...
Tadi pergi bandar dengan kakak-kakak-ku bersama abang adek. Cari barang untuk hantaran tunang. Nak patah kaki aku jalan-jalan cari barang die.. Semua warna merah.. Berpinar mata aku tengok.. huhuhu..
 Tapi tadi dapat baju cotton sepasang.. huhu..

Tajuk 6..
Kamu-kamu semua.. (ceh! pakat macam ramai je kau punyer reader kan !?) Perasan tak semua tu takde tajuk.. Aku cume letak nombor saja.. ar.. Ade aku kesah? Suke aku la.. Blog aku.. hahahaha (biol?)

Dah la.. Nak mandi.. Masem aw! hhaha



Kalau ade sumur di ladang,
Boleh aku tumpang pergi mandi,
Kalau ade toilet 5 bintang,
Bukan setakat mandi je aku sebat sekali letak kat bilik aku!

Dah abes!

Monday, January 31, 2011

.Bila Semua Sudah Berakhir.

Salam yaw! Takde mood sekarang ni.. Entah nape.. Takde ape nak di fikirkan.. Dah banyak sangat pasal hal ni.. Now, its over!

Dah habis! Babai.

Sunday, January 30, 2011

Ngok Ngek Ngok Ngek

Salam yaw! Lame betol tak update blog. muahaaha.. (sewel ape ko sabil= = ") okeh,, macam biasa,, campur aduk!

First!
Sebenarnya tadi aku nak keluar dengan kakak ku. Tapi tak jadi.. Mula-mula nak pergi main bowling dengan budak-budak Kelab Bowling. TAPIIIII tak jadi okey! managementnyer tak betol! pastu aku pulak yang pening nak buat apa..Bile dah dapat jawatan kau tak jalankan tugas pulak. Bile tak dapat merungut! But, chill man! Last-last tadi pakat dengan Nurul susah-susah sangat tak payah pergi! Habis cerita. Dah la tu pulak, mereka-mereka tak bagitahu ahli yang lain. Dengan masa tak confirm lagi, tempat tak booking lagi. haru tak haru la weih! Pastu tak jadi pon nak pergi. tapi ingat tadi tak jadi main bowling, nak pergi cari buku rujukan. ye la.. kan nak SPM. muahahaha... Bile dah siap buat breakfast semua.. Boleh kau, aku, kakak-kakak aku semua golek-golek depan si leper ni.. habis semua plan tak jadik.. Lagi pun sekarang kan musim hujan.. uhuhu.. Seronok kalau tidur,, wahaha..

                                      Ni gambar masa Reunion Standard 6 SK Bukit Kuari '06
                                                                              With Zarith~

Secondddddd!
Tadi aku teruja giler! nampak kur-kur.. hahaha.. Kura-kura la.. Kampung aku memang dari dulu banyak binatang ni.. Yang haram pun banyak.. hahaha.. Teruja.. Boleh dari bilik aku lari selaju yang mungkin.. ( Tolong jangan gelak! aku sekeh karang!) Panggil kakak aku sambil menjerit menggunakan suara merdu aku (okey boleh gelak sekarang!)

Si Kiut ; kak, aku nampak kura-kura!
Si Kakak ; ye je kau. mane?
Abah (tetibe interframe); mane bin? (thats my nama manja di rumah yaw! jangan gelak!)
Si Kakak & Abah ; o0o0o0o0.. tu.. tu.. yang gerak-gerak tu..

Cerita habis sampai situ jek.. muahahaha 


Nak resepi tak? hahaha.. Tadi aku buat kueh keria.. ala.. Yang macam donut tapi guna keledek tu.. haa..

Keledek di rebus hingga empuk. Kemudian, buang kulit dan lenyekkan menggunakan kaki   ape-ape je yang boleh melenyekkan mereka-mereka itu. Pastu, letak garam dan gula secukup rase. ( agak-agak la ye). Letak tepung. Jangan letak melebihi keledek lenyek, kalau tidak kueh akan menjadi keras dan tak lembut. Bentuk kueh jadi macam donut. Goreng di dalam minyak yang panas. Kemudian kita sira dengan gula. Caranya, letak air dalam kuali bersama gula, kacau sehingga likat. Apabila sudah likat, masukkan keria yang sudah siap di goreng. Siap dan sedia di hidang untuk minum petang atau sarapan. Selamat mencube!





Dah habis! Assalamualaikum.. Babai!

Saturday, January 22, 2011

.Hati Kering, Kepala Batu.

Salam yaw! Lame sudah tak update ini blog.. wuahakhak.. ketiadaan si leper berbentuk empat segi ini menyebabkan saya  belajar dengan tekun dan rajin nyer! ( sila muntah hijau sekarang!)
okey! tak mau panjang-panjang just take random topic.

today.
tadi kat sekolah ada hari merentas desa yaw! semangat hangat-hangat najis ayam (lebih sopan)haha~. keadaan diri si lubang dua ini.. (hidong yew.. jangan nak ungu sangat otak yek!) meneyebabkan si cendol mengalir tanpa henti. warghh.. penat taw nak sroot sane sroot sini.. yang penggeli jangan bace abes yew.. hahaa. rumah sukan saye iaitu UTM  (harusla besar n di-bold-kan) mendapat tempat ke 2! hoyeah!

next,
tadi tiba-tiba time sampai sekolah duduk gossip-gossip (benda wajib okeh!) teringat ini tahun akhir sebagai pelajar sekolah ni.. sangat tak best okeh! but, chill man.. i'll not be so emo! takde taman dalam hati aku! hahaha.. kerek seh.. hahaha


next,
tada apa lagi mahu cerita.. blurr.. hahaha

dah abes!

Saturday, January 1, 2011

.SHOPPING AND HAPPY NEW YEAR.

Salam,.. selamat tahun baru yaw... okeh.. sekolah pon dah nak bukak.. hari ni hari sabtu.. so, makne nyer tinggal lagi satu hari je la nak sekolah ek.... malam tadi aku pegi beli kasot sekolah.. ha'ah.. aku ngepaw duit abang aku.. dah die offer.. sebat je la kan?? kalau korang pon same kan?kan? aku ingat nak beli jack parcell (btol ke tak ntah aku eja) macam yang lame. tapi ntah.. kakak aku tu semua sebok pilihkan.. ape ntah yang tak puas hati. kalau mereka2 tu beli yang mahal-mahal boleh.. kalau aku ni kalau boleh nak yang paling murah.. tapi okey la tu.. dapat la jugak kasot lee cooper spasang. layankan je la... ek..

By the way, today is the first day on 2011, right? everybody being so happy. but not me.. ye la.. tahun ni aku hambik pekse SPM kot.. haish,, stress.. stress.. sedangkan belum mula sekolah pon rambot aku yang lebat ni pon dah gugur-gugur. aiseymen... macam mane??

lagi satu. aku ni memang ramai yang tak suke ke?? aku ade buat ape yang salah ke? ade ke care aku buat orang terasa ke? aku ni kurang ajar sangat ke? aku ni selalu tak jage perasaan orang ke? walaupon aku tak jawab kalau mereka2 ni marah, kenape mereka2 ni kate aku kurang ajr jugak? abes kalau jawab tak kurang ajar la ea? 

nape asyik aku je nak jage perasaan orang, tapi orang tak jage perassan aku...?




dah. babai!